Tuesday, February 23, 2010

Jadual Masakan


Alkisah semalam aku puasa ganti. Dah lama x puasa rasa lembik macam nak pitam. Lemau betul.
Pernah x rasa pening nak fikir makan apa? Kalau beli kat luar jemu balik-balik masak tiga rasa, kailan goreng, tomyam, paprik. Siang-siang pulak klu pi Leha Kelfood mentekedarah, ikan goreng + sayur goreng + sambal belacan + nasi dah RM8.00++. Tempat lain ada yang ok tapi balik-balik menu-menu sama kan. Kalau orang yang x cerewet asal makan ok la tapi aku jenis cepat jemu macam mana.

Dulu teringat ade sorang member kat sekolah asrama nama Siti Nazmin. Sedap nama & orangnye pon lawa & alim. Die ni suke baca novel & komik. Sambil makan baca buku. Bile dah ambik nasi + lauk, cari port & then baca buku sambil makan. Mata x tgk pon apa yang disuap. Bile menyuap tu, kalau tangan terpegang ayam, suap ayam je bile terpegang nasi, suap nasi je & bile terpegang sayur, suap sayur je. Memang x cerewet. Orang macam ni bahagia.

Bile nak masak pon rasa letih fikir nak msk apa. Jadinye balik, masak sambal, masak kicap, masak kari & ulang-ulang itu lah. Tengah berpuasa ni suke fikir psl makan. Teragak makan Japanese food la (tapi x pandai makan sushi). Malangnya yang spoil member tekak melayu pulak.

Jadi sebagai iklan terhadap kerja, sebab asik-asik iklan solitaire, freecell, four river aku pon mulalah mereka jadual masakan. Konon bile dah duduk sendiri nanti senang nk plan ape nk beli bile nak pi pasar & x pening-pening nak masak apa. Ikut je jadual. Jadual ni makan malam je.

Contohnye Macam Ni:

Minggu 1

Mon - 1. Ikan Goreng Sambal 2. Kangkung Goreng Belacan

Tues - 1. Nasi Goreng Kampung - Ayam, Telur, Ikan Bilis, Kangkung

Wed - 1. Sambal Sardin 2. Telur Dadar

Thurs - 1. Kari Telur 2. Sayur Kacang Panjang + Pucuk

Fri - 1. Ayam masak lemak cili api + daun puding

Sat - Makan kat rumah mak / makan kenduri / makan kat shopping complex

Sun - Nasi Tomato (Ayam & Sayur Salad)


Stakat ni aku dah buat sampai untuk 6 minggu. Buat jadual je bukan memasak ye. Tak tau la kot esok boring-boring atau ade idea baru boleh tambah. Boleh dikatakan 95% lauk x sama. Haha.. ni baru berangan je. Actually dah lama plan nk buat jadual ni tapi xtau la kenapa bile time puasa baru teruja nak buat.

Actually boleh jugak nak tolong buatkan jadual untuk mak. Tapi mak aku x makan ayam dan x berapa makan cili api. Tapi telur ayam mak aku makan. Dulu-dulu mak aku masa kecik selalu ditugaskan tangkap ayam untuk sembelih. Jadi mak aku ckp may be die kene sumpah dengan ayam tak boleh makan daging ayam. Haha..


Jadi, since aku tak puasa hari ni aku pon x rajin nak buatkan jadual untuk mak. Die pon x mintak. Lgpon kdg2 kalau mak aku malas nak masak die beli je. Senang cerite.

Aku x tau la aku ikut ke x jadual ni. Ntah2 x berasap dapurku nanti. Mak Jang & Pak Jang pesan, kalau berdua je baik beli, x payah susah-susah masak. Errrmmm testing dulu tgk mcm mana. May be klu stock bawang & cili dah blend siap2 untuk seminggu dua 20 min dah siap ke.. Tengoklah... Siang ikan pon x reti... Bercadang untuk buli member bab-bab menyiang ni. Haha...

Ada x mana-mana style memasak di atas yang terkena dengan korang?

Tuesday, February 16, 2010

Hakim's engagement

Akhirnya budak gatal ini telah bertunang. Majlis di Pendang. Adehhh jauh betul. Kami menginap di Pendang Lake Resort. Cuma 5-10 min ke rumah pengantin perempuan. Ini sahaja panorama die Pendang Lake Resort yang dapat disnap. Agak malang...


Buat cousinku Emmelly, ni lah hantaran yang aku buat. Bese2 je. Tapi jika ada yang berminat nak minta I buatkan hantaran, boleh dirundingkan. As hobby. Tp jgn lah high expectation sgt... I amateur je. Huhu..


Dari pihak perempuan pula, warna biru. Ngamlah tu... U merah, I biru, u marah, I lap u


Upacara menyarungkan cincin...

Kedua bakal mempelai...
 
design by Exotic Mommie Illustraion By DaPina