Sunday, February 15, 2009

Petua Mengatasi Morning Sickness


Berita Harian, Ahad
oleh Dr Noordin Darus


Tahukah anda bagi mereka yang mempunyai masalah ‘morning sickness’, dengan hanya meminum ‘air hidup’ atau ’air bersih’ yang mencukupi, masalah ini dapat dihindari atau sekiranya berlaku ia lebih ringan dan lebih cepat pulih.


Sebenarnya petanda seperti loya, muntah, pening dan lain-lain ini disebabkan oleh dehidrasi ditambah pula dengan perubahan hormon sewaktu hamil. Mengidam makanan yang masam, masin atau yang pelik adalah petanda yang datang daripada bayi di dalam kandungan yang mungkin menagih kepada beberapa jenis mineral, garam atau mungkin juga dehidrasi. Jadi kalau amalan minum lima botol (500 ml) sehari diselangi dengan meletak sedikit garam di atas lidah untuk setiap botol, ia akan membantu masalah ini. Ia seperti magik kerana tidak lagi menghadapi masalah ‘morning sickness’ dan mengidam kalau mereka mengikut saranan ini dengan yakin dan istiqamah.


Wanita mengandung perlu mengambil kuantiti air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi kerana ia boleh membawa kepada pelbagai penyakit lain. Contoh seperti lelah, sakit kepala, mulut kering, lemah otot dan sebagainya. Disebabkan itulah wanita mengandung wajib mengambil air kosong sekurang-kurangnya dua liter sehari. Air kosong yang diambil pula, seeloknya datang daripada air yang ditapis atau air yang tidak tercemar bagi mengelakkan dijangkiti sebarang penyakit yang tidak diingini.



Cubalah...

No comments:

 
design by Exotic Mommie Illustraion By DaPina