Monday, February 9, 2009

Pompong - Neutered

At last, antara kucing2 jantan yg kitorg bela... pompong la yg 1st dikembirikan...

Skrang makin manje... pg2 je da terlompat2 suro main dgn die... Suke sgt la tu...
Klu dok2 tgk tv.. bising die mengiau suro ribakan die... ngadenye... tp suke jgk, rs cam kiut sgt2...

Da lebey kurang 3 weeks pompong kene bedah. Steady da... Ini la instruction yg doc bg lepas pompong kene bedah tu.



PENJAGAAN SELEPAS PEMBEDAHAN



1. Anda perlu berhati-hati ketika membawa haiwan peliharaan anda pulang ke rumah selepas pembedahan. Cuba elakkan daripada menggerakkan atau menyentuh kawasan yang baru dibedah.

2. Haiwan peliharaan anda akan mengambil masa sekitar 1-3 jam untuk mula sedar dari kesan sampingan pelalian anastetik. Ketika ini adalah penting untuk meletakkannya die tempat yang selamat, terlindung dan sunyi untuk pulih supaya ia tidak terjatuh atau tercedera kerana ketika ini ia masih lemah dan tidak dapat mengimbangkan badannya dengan betul akibat kesan pelalian yang diberikan.

3. Letakkan haiwan peliharaan anda di atas kain atau kertas suratkhabar untuk memanaskan badan mereka. Ia juga mungkin terkencing atau buang air besar dalam keadaan separuh sedar ini dan oleh itu pastikan keadaanya sentiasa bersih dan kering. Pompong da terkencing dalam bakul dlm keadaan separuh sedar.

4. PERHATIAN!!! Berilah haiwan peliharaan anda minum hanya setelah ia boleh bangun dan berjalan dengan betul kerana jika ia belum sedar sepenuhnya, ia boleh lemas dalam air. Kadang-kadang binatang peliharaan anda hanya berselera untuk makan sehari selepas pembedahan (haiwan peliharaan anda mungkin mengambil masa sepanjang malam untuk pulih sepenuhnya daripada kesan pelalian pembedahan tersebut). X sampai sehari... pompong telah berselara makan yg luar biasa. Dalam proses penyembuhan ini adalah tidak asing sekiranya ia termuntah. Ini adalah perkara biasa dan anda tidak perlu cemas dengannya. Lepas 3-4 jam balik ke rumah - pompong muntah friskies die...

5. Kurung haiwan peliharaan anda sebaiknya di dalam kandang bagi tempoh 10-14 hari selepas pembedahan bagi mengehadkan pergerakan mereka. Ini bertujuan supaya luka pembedahan cepat sembuh. Pompong telah dibebaskan dari kurungan x sampai tempoh 12 jam selepas dibedah... da mcm kucing giler dok kat dlm sangkar tu... Sbb die x biasa dikurung. Jd, kite x nk la nnt kene anta die pi Psychiatry lak kan...




6. Periksa kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sekali sehari dalam tempoh 2 minggu selepas pembedahan untuk memastikan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering serta jahitannya tidak terbuka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Sekiranya bermasalah (pembengkakan, keluar cairan berdarah/bernanah atau jahitannya terbuka, sila hubungi doktor haiwan anda dengan segera)

7. Sesetengah haiwan peliharaan mempunyai balutan di kawasan pembedahan. Biarkan sehingga 3-4 hari selepas pembedahan asalkan balutan tersebut bersih dan kering. Tidak mengapa sekiranya binatang peliharaan anda menanggalkan balutan itu dengan sendiri sebelum tempoh 3-4 hari tersebut. Ia juga mungkin menjilat atau menggigit kawasan pembedahan tersebut tetapi pastikan ia tidak dilakukan dengan berlebihan.

8. Elakkan daripada memandikan haiwan peliharaan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 7 hari selepas pembedahan. Cuma lapkan ia dengan kain yang lembap sekiranya kotor atau comot tetapi pastikan kawasan jahitan itu kering kerana air mungkin bole masuk dan mengakibatkan berlakunya jangkitan. Pompong x dimandikan lg... musyuk la die tu... tu la klu kite x sempat mandikan die, xde sape nk tolong... Hampeh... Nsb baik bau hancing kat bdn die dah ilang, kesan die terkencing dlm keadaan separuh sedar tu...

9. Anda bole datang kembali ke Klinik Kembiri untuk rawatan pos-pembedahan dengan percuma selepas 2 minggu pembedahan (sila telefon dahulu untuk memastikan klinik beroperasi). Sesetengah binatang mungkin memerlukan jahitannya dibuang dan ini boleh dilakukan ketika ini.

10. Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul selepas pembedahan dilakukan, sila hubungi doktor haiwan anda dengan segera.


Terima kasih kerana telah menjadi pemilik yang bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan anda!

No comments:

 
design by Exotic Mommie Illustraion By DaPina